|
KEJOHANAN
OLAHRAGA 2006 - Rumah Kuning Berjaya
SMKA Pedas 26 Februari -
Kejohanan Olahraga Sek Men Keb Agama
Pedas telah diadakan pada tarikh 26 February 2006
berlangsung dengan jayanya. Kejohanan pada kali ini
menyaksikan perubahan berbanding tahun-tahun yang lepas
dimana acara keseluruhannya di menangi oleh pasukan dari
Rumah Kuning. Acara bermula pada jam 8 pagi dan berkahir
pada jam 6.00 petang. Diantara acara-acara yang
dipertandingkan ialah Lari 100m (putera), Lari 100m (puteri),
Lari 400m (putera), Lari 400m (puteri) dan pelbagai lagi
acara. Acara untuk pelajar Puteri berlangsung pada waktu
pagi manakala acara bagi pelajar putera berlangsung pada
waktu tengah hari dan petang. Sementara itu, pada waktu
petang pula diadakan pelbagai pertandingan untuk tetamu
yang hadir yang terdiri daripada adik-adik yang
bersekolah rendah, isteri dan suami guru SMKA Pedas dan
Ibu bapa. Acara penutup berlangsung dengan meriahnya
dimulai dengan acara kawad oleh pasukat Kadet Polis
Sekolah dan kawad bagi setiap rumah putera-dan puteri.
Sekian, Terima Kasih
Debat Ala
- Parlimen : Negeri Sembilan Sapu Bersih
DUA buah sekolah dari Negeri Sembilan muncul johan
kategori bahasa Melayu dan Inggeris pertandingan Bahas
Ala Parlimen Sekolah Menengah Malaysia Peringkat
Kebangsaan, baru-baru ini.Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Pedas, Negeri Sembilan muncul johan kategori bahasa Melayu dan
SMK Puteri Negeri Sembilan bagi kategori bahasa Inggeris....
[ ihsan Utusan Malaysia, 10/08/05. Untuk artikel penuh &
gambar,
klik disini
]
Tahniah
diucapkan kepada Mohamad Ezkandar Abdul Razak,
Taheera Maarif, Mohd Hizbul Alifi Mohd Nor, Nur
Faiz Solehan dan Nazirah Ariffin di atas
kejayaan mereka. Semoga pencapaian mereka
dijadikan contoh oleh para pelajar SMKAP untuk
mencipta kejayaan yang lebih cemerlang di masa
akan datang. Kami di alumniOnline sentiasa
mendoakan kejayaan anda semua. SMKAP Boleh!
SSatu
kejayaan! Seramai 80 orang ahli alumni telah menghadiri
Mesyuarat Agung Dwitahunan kali pertama di Dewan An-Nur,
SMKA Pedas pada 21 Mei 2005. Majlis
bermula pada pukul 2.00 petang dengan ucapan perasmian
oleh Pengetua SMKA Pedas yang baru, Ustaz Mokhtar.
Beberapa agenda telah dibincangkan antaranya perlantikan
Exco Alumni bagi Sesi 2004-2006 dan aktiviti alumni yang
akan diadakan dalam jangka masa terdekat. Mesyuarat
dihadiri oleh wakil - wakil pelajar dari Batch SPM 1998
hingga SPM 2003. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30
petang.
Salam buat
semua ahli alumni.Terima kasih terhadap segala komen,
cadangan dan pendapat anda semua dalam usaha memantapkan
alumnionline. Kami sentiasa cuba untuk melakukan yang
terbaik bagi memantapkan alumnionline, malangnya oleh
kerana kekurangan tangan dan kaki, sumber logistik (host
free ni..:P) dan masa, ada beberapa cadangan tidak dapat
kami laksanakan dalam masa terdekat ini. Namun begitu,
teruskan memberikan idea dan komen untuk memajukan laman
ini! Suarakan pendapat @ komen anda di ruangan forum!
PERHATIAN BUAT BEKAS PELAJAR SPM 2003 !
16/11/04
Satu forum
telah dibuat untuk disertai oleh semua bekas pelajar
smkap batch spm 2003. forum ini baru sahaja di bentuk.
oleh itu, sebarkanlah kepada seramai mungkin link forum
ini. pastikan link ni menjadi web yang wajib korang surf
bile dah online. smoge sume orang dapat manfaat darinyer.
Semuanya terletak ditangan anda!
Lawatinya di
http://www.smkap.hosted-forum.com
ALUMNI SMKA
PEDAS DIIKTIRAF SECARA RASMI
Persatuan
Bekas Pelajar SMKA Pedas telah diiktiraf secara rasmi!
Diharapkan alumni dapat bergerak dengan lebih aktif dan
tersusun selepas ini...
|